Page 59 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 59
RASIONAL
Kepelbagaian sumber kewangan merujuk kepada peruntukan dana yang diperoleh daripada
pelbagai pihak untuk menyokong pembangunan dan pelaksanaan inisiatif literasi kesihatan.
Ini juga termasuk usaha untuk memperkukuhkan sistem kesihatan agar lebih mudah diakses
dan tersedia untuk individu yang mempunyai tahap literasi kesihatan yang lebih rendah dalam
meningkatkan penglibatan mereka terhadap aktiviti prokesihatan.
Sumber kewangan ini melangkaui peruntukan untuk pembangunan infrastruktur. Peruntukan
diperlukan untuk menyokong keseluruhan inisiatif literasi kesihatan, termasuk pemerkasaan
ekosistem kesihatan menerusi bina upaya, kepesatan pembangunan infrastruktur yang
komprehensif, pembangunan sistem data berintegrasi yang pintar, transformasi komunikasi
kesihatan, dan keutuhan nilai jaringan strategik. Sumber kewangan ini tidak semestinya
bergantung kepada kerajaan semata-mata, tetapi juga daripada agensi lain seperti sektor
swasta, NGO serta masyarakat sendiri.
HASIL YANG DIINGINI
Pelaksanaan inisiatif literasi kesihatan yang berkesan perlu melibatkan sumber kewangan daripada
pelbagai sektor. Selain pembiayaan daripada pihak kerajaan, sektor swasta, badan kebajikan dan
kumpulan masyarakat juga menyumbang secara aktif untuk membiayai inisiatif yang menyokong
literasi kesihatan. Kerjasama ini memastikan pendekatan yang mampan dan holistik dalam usaha
melestarikan literasi kesihatan.
DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN 49