Page 33 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 33

RASIONAL


                                         Pendidikan kesihatan hendaklah bermula pada usia muda. Literasi kesihatan perlu diajar
                                         kepada pelajar dan generasi muda untuk menyemai nilai kecintaan kepada budaya hidup
                                         sihat untuk kesejahteraan kesihatan. Literasi kesihatan boleh diterapkan dalam kurikulum
                                         dan aktiviti kokurikulum. Sektor awam dan swasta juga boleh menyumbang dan bekerjasama
                                         dalam inisiatif sedemikian dengan sokongan dan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia
                                         dan Kementerian Pendidikan Tinggi.









                                         HASIL YANG DIINGINI


                                         Golongan muda yang mahir dalam mengakses maklumat kesihatan dan menguasai kemahiran literasi
                                         kesihatan yang baik ke arah  kehidupan yang sihat dan berkualiti. Kemahiran ini membolehkan mereka
                                         untuk meneliti dan memahami maklumat yang diperoleh, memisahkan fakta daripada pendapat dan
                                         mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.


                                         Memahami maklumat kesihatan adalah langkah penting seterusnya bagi golongan muda. Dengan
                                         kemahiran ini, mereka dapat menafsirkan dan menyusun maklumat tersebut dengan cara yang
                                         mudah difahami. Dengan pemahaman yang kukuh, golongan muda dapat membuat hubungan antara
                                         maklumat yang mereka peroleh dengan keadaan kesihatan diri mereka sendiri atau orang lain dalam
                                         komuniti mereka.


                                         Kemahiran menilai maklumat kesihatan membolehkan golongan muda menyaring dan menilai
                                         kebolehpercayaan serta relevansi maklumat yang diperoleh.  Dengan kemahiran ini, golongan muda
                                         dapat membuat keputusan bijak tentang langkah-langkah yang perlu diambil berdasarkan maklumat
                                         yang mereka terima.

                                         Kemahiran membuat keputusan bijak dalam konteks kesihatan adalah kemahiran yang penting.
                                         Golongan muda yang mahir dalam literasi kesihatan dapat menilai risiko dan faedah pelbagai pilihan,
                                         serta mempertimbangkan nilai peribadi dan keutamaan kesihatan mereka ke arah pembudayaan
                                         hidup yang sihat dan berkekalan.






















                                                                                                                         DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN  23
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38