Page 5 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat_Final
P. 5

Ringkasan Eksekutif













                 Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (2024-2030)
                 dibangunkan dalam usaha mengaktifkan pelaksanaan
                 inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
                 PSS juga menzahirkan komitmen berterusan semua
                 Kementerian dalam memastikan Putrajaya bukan
                 sahaja menjadi mercu tanda sebagai Pusat Pentadbiran
                 Kerajaan Persekutuan malah, menjadikan penjawat
                 awam di Putrajaya sihat sejahtera dengan persekitaran
                 yang menyokong pembudayaan hidup sihat untuk
                 berkhidmat kepada negara.


                 Pelan Strategik PSS ini menghuraikan isu, cabaran
                 kesihatan, matlamat, objektif, fokus strategik, inisiatif,
                 fasa, kerangka pelaksanaan, pelan pelaksanaan dan
                 sasaran keberhasilan bagi memastikan segala inisiatif
                 kesihatan kepada penjawat awam dilaksanakan dalam
                 tempoh 2024 hingga 2030. Penetapan sasaran setiap
                 inisiatif dibuat berdasarkan keperluan semasa dan akan
                 datang. Perancangan disediakan dalam bentuk pelan
                 pelaksanaan yang membolehkan PSS dipantau dengan
                 lebih teratur dan sistematik. Justeru, inisiatif yang
                 dilaksanakan akan menghasilkan impak yang positif
                 kepada penjawat awam Putrajaya.



































                                                                PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera                                             V
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10