Page 34 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat_Final
P. 34

Pernyataan Dasar






             “Inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera berperanan menjayakan
             hasrat Kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang

             mempunyai status kesihatan yang baik supaya mereka
             produktif dalam membangunkan negara Malaysia”




             Dasar Putrajaya Sihat Sejahtera 2024-2030
             adalah rujukan utama bagi Kementerian dan Agensi
             di setiap peringkat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
             di Putrajaya di dalam tadbir urus kesihatan penjawat
             awam secara menyeluruh. Dasar ini adalah
             pendekatan strategik dalam membentuk hala tuju ke
             arah melahirkan penjawat awam yang mempunyai
             status kesihatan yang baik agar lebih produktif dalam
             pembangunan negara Malaysia.

             Harapan melalui dasar ini juga adalah semua penjawat
             awam mengetahui status kesihatan mereka dan
             mengambil langkah yang sesuai dalam konteks
             pencegahan dan rawatan penyakit. Kerjasama
             penjawat awam serta komitmen semua Kementerian
             dan Agensi di Putrajaya amat diperlukan dalam
             memastikan tahap kesihatan penjawat awam
             dipantau dan diberikan intervensi kesihatan serta
             membudayakan hidup sihat demi kesejahteraan dan
             kelestarian kesihatan.










































         20                                                     PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39