Page 5 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 5

Pada awal penubuhan MyCHAMPION iaitu pada tahun 2020, ia hanya melibatkan gabungan sukarelawan
         dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan jumlah keahlian seramai lebih kurang 50,000 orang
         sukarelawan. Menyedari akan kepentingan penglibatan sukarelawan dalam penyampaian maklumat
         amalan  cara  hidup  sihat  dan  kelestarian  persekitaran,  maka  pada  26  Mac  2022  MyCHAMPION
         dilancarkan.  Semasa  pelancaran  tersebut,  10  kementerian  yang  mempunyai  sukarelawan  disatukan
         dibawah payung MyCHAMPION seramai lebih kurang 3,000,000 sukarelawan.

         JUSTIFIKASI PENYELARASAN KHIDMAT SUKARELAWAN MyCHAMPION



                           Menyepadukan pengoperasian aktiviti kesihatan yang dilaksanakan oleh
                           semua sukarelawan.

                           Menyelaras aktiviti pengehakupayaan (empowerment) dan promosi
                           kesihatan.


                           Memberikan nilai tambah kepada aktiviti sukarelawan yang sedia ada
                           kekal aktif melaksanakan aktiviti kesihatan.


                           Memperkukuh koordinasi, perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta
                           keberhasilan aktiviti.


                           Membangunkan platform pangkalan data pendaftaran.



                           Mengadakan jaringan penyampaian maklumat kesihatan yang terancang,
                           sahih, relevan, tepat pada masa dan meluas.
















                                                                                                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10