Page 7 - Buku_Utama_ANMS_21122021_compressed
P. 7
ISU DAN
CABARAN
Isu kesihatan perlu ditangani secara holistik. ANMS dilaksanakan berdasarkan justifikasi berikut :
KESIHATAN
1. Akibat perubahan cara hidup rakyat yang semakin moden, faktor urbanisasi dan
globalisasi telah menjadikan isu-isu kesihatan satu cabaran dengan kemunculan
pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Kemunculan Pandemik
COVID-19 turut menjejaskan kualiti kehidupan dan memberi cabaran kepada
perkhidmatan kesihatan Negara.
EKONOMI
2. Memberi kesan secara langsung terhadap kerencatan aktiviti ekonomi dalam
aspek permintaan, pengeluaran, pelaburan dan pendapatan. Negara menanggung
beban yang tinggi dari segi kewangan untuk merawat penyakit berjangkit dan
penyakit tidak berjangkit.
SOSIAL & BUDAYA
3. Aspek sosial dan budaya telah berubah dalam kehidupan rakyat Malaysia
terutamanya dari segi kelaziman kehidupan harian kepada amalan norma baharu
dan memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan fizikal.
4. PERSEKITARAN
Cabaran dalam mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan dan sejahtera
melalui pengukuhan amalan kebersihan dalam kalangan individu dan komuniti
dalam usaha melestarikan alam sekitar serta persekitaran yang bersih.
4

