Kriteria Pelantikan

01

Sukarelawan sedia ada di pelbagai agensi dan dapat melaksanakan aktiviti pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

02

Individu atau pasukan yang tidak bernaung di bawah mana-mana agensi dan berminat untuk menyertai MyCHAMPION bagi melaksanakan aktiviti pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

03

Sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia atau rakan strategik ANMS untuk mendapat bimbingan, latihan dari segi kemahiran organisasi, komunikasi dan informasi kesihatan bagi memastikan keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.

04

Mempunyai keinginan dan keazaman untuk berkhidmat sebagai MyCHAMPION dengan penuh komited dan rasa tanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kelestarian pelaksanaan aktiviti.

Image