Page 44 - Inovasi COMBI kebangsaan 2019
P. 44

WP KL&P

                                COMBI PPR SERI ALAM FASA 2, CHERAS


                                                              D’KIDS


          D’Kids bertujuan memupuk kesedaran, memberi pengetahuan dan menggalakkan aktiviti pembelajaran
          berkaitan pencegahan demam denggi pada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun yang tinggal di PPR
          Seri Alam 2.



                                              PROSEDUR PELAKSANAAN


                                                         Percambahan Idea
                      Sukarelawan COMBI berbincang untuk mencari kaedah terbaik dalam menyampai mesej
                                                              pencegahan.




                                                        Pengumpulan Bahan
                 Pembahagian tugas sesama sukarelawan dijalankan bagi bersama-sama mengumpul bahan yang
                                                              bersesuaian.




                                                      Draf dan Rekabentuk
                    Proses draf awal dan reka bentuk dijalankan setelah semua bahan telah dikumpulkan dan
                  dipilih untuk digunakan. Konsep untuk siri pertama adalah lebih ringkas dan mudah difahami
                                                        kepada kanak-kanak.





                                                              Penilaian
                        Proses penilaian dijalankan setelah draf dan reka bentuk selesai. Seramai 23 orang
                     kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dipilih untuk mencuba bahan inovasi berkenaan.





                                                               Edaran
                  Buku Interaktif D’Kids dicetak selepas penambahbaikan dan digunakan semasa aktiviti-aktiviti
                                                           bersama COMBI.







     42
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49