Page 3 - Plan Strategik ANMS
P. 3

Perkhidmatan Awam komited mengangkat
                           Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
                           sebagai agenda negara bagi memastikan
                           Keluarga Malaysia Sihat Sejahtera. Bagi

                           merealisasikan agenda ini, kesihatan
                           hendaklah dijadikan sebagai keutamaan
                           dalam semua polisi, rancangan
                           pembangunan dan pelan strategik
                           kementerian dan agensi (Health in All
                           Policies). ANMS disampaikan melalui sistem
                           perkhidmatan awam secara menyeluruh

                           dengan memastikan tiada rakyat tertinggal
                           terutamanya dalam mendepani situasi
                           kesihatan yang penuh cabaran dan
                           memberikan kesan dalam pelbagai aspek
                           kehidupan.


                           Saya yakin melalui pendekatan keseluruhan
                           negara (Whole of Nation), kerajaan komited
                           bagi memastikan kelancaran inisiatif ini

                           sampai dan dinikmati bersama-sama.
                           Usaha ini akan digemblengkan dengan
                           semua pihak secara menyeluruh bagi
                           memastikan ANMS dapat dijayakan demi
                           kesejahteraan dan kelestarian kesihatan
                           Keluarga Malaysia.







                    TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI


                    Ketua Setiausaha Negara
   1   2   3   4   5   6   7   8