Page 83 - Pelan Strategik Putrajaya Sihat
P. 83

ISTILAH





                 Inisiatif Putrajaya         Satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang memberi tumpuan kepada
                 Sihat Sejahtera (PSS)       kesejahteraan kesihatan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya yang berfokus kepada hidup
                                             aktif, persekitaran yang menyokong, pemakanan sihat, makanan selamat, saringan kesihatan dan
                                             intervensi kesihatan. Inisiatif ini dilaksanakan bermula tahun 2024 hingga 2030 dengan pelaksanaan
                                             fasa rintis tahun 2024-2025.


                 Literasi Kesihatan          Literasi kesihatan adalah kemampuan untuk memperoleh, membaca, memahami dan menggunakan
                                             maklumat penjagaan kesihatan untuk membuat keputusan kesihatan
                                             yang sesuai dan mengikut arahan untuk rawatan.



                 Wellness Hub                Wellness Hub merupakan one stop centre yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan
                                             kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat. Ia selari dengan hala tuju
                                             Kementerian Kesihatan Malaysia untuk beralih daripada Sick Care kepada Health Care dan Wellness
                                             agar individu lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, keluarga dan komuniti.



                 Agenda Nasional             Agenda Nasional Malaysia Sihat merupakan satu agenda kesihatan Negara yang mengandungi
                 Malaysia Sihat              pelbagai inisiatif kesihatan yang dilaksanakan melalui pendekatan whole of nation bertujuan
                 (ANMS)                      menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian
                                             persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.



                 Kesihatan Awam              Kesihatan awam merujuk kepada semua langkah yang dirancang (sama ada awam atau swasta)
                                             untuk mencegah penyakit, menggalakkan kesihatan dan memanjangkan jangka hayat dalam
                                             kalangan penduduk secara keseluruhan. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan keadaan yang
                                             membolehkan rakyat hidup sihat dan memberi tumpuan kepada keseluruhan penduduk, bukannya
                                             individu atau penyakit yang khusus.


                 Kertas Putih Kesihatan      Kertas Putih Kesihatan adalah dokumen dasar reformasi kesihatan negara yang menggariskan
                                             cabaran utama yang dihadapi oleh sistem kesihatan serta mengemukakan cadangan penyelesaian
                                             secara berfasa dalam tempoh 15 tahun merangkumi aspek penyampaian, promosi kesihatan dan
                                             pencegahan penyakit, pembiayaan kesihatan, serta tadbir urus demi memastikan sistem kesihatan
                                             yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.

























                                                                  PELAN STRATEGIK putraja y a siha t sejahtera                                            69
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88