Wellness Hub

WELLNESS HUB

Wellness Hub merupakan pusat sehenti (one stop centre) yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat. Ia selari dengan halatuju Kementerian Kesihatan Malaysia untuk beralih daripada “Sick Care” kepada “Health Care” agar individu berkemahiran dalam penjagaan kesejahteraan kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

Pelaksanaan aktiviti di Wellness Hub menyokong Teras 2 di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memperluaskan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan kepada komuniti. Penstrukturan ini turut menyokong kepada Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper – HWP) yang memerlukan perubahan sistem kesihatan negara ke arah pencegahan faktor risiko penyakit akibat peningkatan beban penyakit tidak berjangkit dan kos penjagaan kesihatan kepada kerajaan.

 Wellness Hub telah didaftarkan dalam Pusat Informatik Kesihatan dengan menggunakan kod nama Pusat Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan (Wellness Hub). Pembangunan dan pengoperasian Wellness Hub di seluruh negara dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Cawangan/ Unit Promosi Kesihatan Negeri dan daerah merancang, melaksana dan memantau pakej aktiviti/ intervensi modifikasi tingkah laku kesihatan serta memperkasa komuniti setempat agar mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

 KUMPULAN SASAR

Komuniti setempat seperti golongan remaja, suri rumahtangga, warga emas termasuk golongan pekerja.

TAWARAN PAKEJ PERKHIDMATAN WELLNESS HUB

Wellness Hub menyediakan perkhidmatan kesihatan yang dapat meningkatkan kemahiran dan menggalakkan perubahan tingkah laku hidup sihat melalui pembinaan kemahiran (skill oriented). Antara perkhidmatan yang disediakan di Wellness Hub adalah seperti berikut:

 


BilPAKEJ PERHIDMATAN (TERAS) 
1

Penilaian Faktor Risiko Kesihatan

a. Penilaian Tingkah Laku & Preskripsi Budaya Hidup Sihat
b. Saringan Kesihatan
c. Ujian Kecergasan
d.Program Kesihatan Pergigian (Elektif)
2

Perkhidmatan Berhenti Merokok

a. Saringan Paru-paru dan Ketagihan Rokok
b. Kemahiran Pencegahan Ketagihan Rokok
c.Modifikasi Tingkah Laku
3

Pengurusan Berat Badan: IFitEr (I Fit and Eat Right)

  • Ujian Kecergasan
  • Preskripsi dan Pelan Senaman
  • Modifikasi Tingkah Laku Kesihatan
  • Runding Cara Hidup Sihat
4

Runding Cara Budaya Hidup Sihat

  • Intervensi Pengurusan Berat Badan
  • Intervensi Berhenti Merokok
  • Intervensi Senaman Dan Kecergasan
5

Kekal Aktif

  • Aktiviti Fizikal Berstruktur
  • Teknik X-Break
  • Terapi Senaman
  • Pengaktifan BookDoc & Pencapaian Tier
6

Wellness Studio/ Gimnasium

  • Facebook Live
  • Tik Tok Live
  • Bual Bicara Santai
  • DJ Corner
  • Rakaman Program/ Aktiviti (Webinar)
7

Galeri Infosihat

  • Permainan Interaktif
  • Bahan Media Digital
  • Sudut Resilien
BILPAKEJ PERKHIDMATAN (SOKONGAN)  
1 Resilien
  • Keperluan Asas (basic)
  • Kepunyaan (belonging)
  • Daya Tindak (coping)
  • Pembelajaran (learning)
  • Asas kepercayaan dalaman (core self)
2 Sokongan Kesejahteraan
  • Cegah Jatuh Warga Emas
  • Sokongan Sosial
  • Diet Sihat
  • Kesukarelawan
  • Kenali Ubat Anda
3 My Green Hands
  • Tanaman Herba & Sayuran Hijau
  • Pertanian Bandar (Hidroponik)
  • Gubahan Bunga Hidup
  • Program Kitar Semula
4 Seni & Kreatif
  • Kraftangan
  • Rekacipta
  • Jahitan
  • Tarian & Muzik
  • Tatarias
  • Melukis
5 Bicara Sihat berkaitan Kesejahteraan dan Kesihatan
  • Aktiviti Fizikal
  • Minda Sihat
  • Pemakanan Sihat
  • Berhenti Merokok
  • Keselamatan Makanan
  • Kesihatan Pergigian
  • Kenali Ubat Anda
6 Ejen kesihatan komuniti melalui MyCHAMPION
  • Profil komuniti
  • Bina Upaya kepada komuniti
  • Jurucakap Komuniti
  • Pemeriksaan Komuniti
    -Libat Urus Rakan Strategik
    - Jangkau Luar

  SENARAI WELLNESS HUB

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa meningkatkan pelbagai aktiviti di Wellness Hub di seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di dalam kalangan komuniti tentang penjagaan kesihatan yang berterusan dan mengalakkan komuniti menjalankan aktiviti fizikal serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Wellness Hub di komuniti masing-masing.

PROMOSI
Promosi kesedaran dan galakan tentang pusat dan aktiviti akan dibuat menggunakan kemudahan kesihatan, pejabat/tempat kerja, sekolah/pusat pengajian, radio dan tempat awam melalui risalah, poster dan sesi penerangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cetak