Wellness Hub

WELLNESS HUB
Satu infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan (One Stop Community Centre) kepada komuniti setempat sebagai salah satu strategi dalam menggalakkan  komuniti mengamalkan cara hidup sihat bagi mencapai kesejahteraan hidup.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

MATLAMAT
Membentuk rangkaian komuniti yang bertindak sebagai penasihat / pendukung kesihatan yang menyokong usaha membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan komuniti.

SKOP
Skop Wellness Hub meliputi lima (5) elemen amalan cara hidup sihat iaitu:
i) Senaman dan Kecergasan Fizikal
ii) Makan Secara Sihat
iii) Berhenti Merokok
iv) Minda Sihat
v) Pengurusan Berat Badan (IFitEr)

KUMPULAN SASAR
Komuniti setempat seperti golongan remaja, suri rumahtangga, warga emas termasuk golongan pekerja.

PERKHIDMATAN DI BAWAH KONSEP WELLNESS HUB

1) Penilaian Kesihatan

2) Pakej Kemahiran Cara Hidup Sihat
i. Aktiviti Fizikal/ Senaman

ii. Makan Cara Sihat

iii. Berhenti Merokok

iv. Minda Sihat

3) Intervensi

4) Pusat Sumber
5) Mini Gimnasium

  SENARAI WELLNESS HUB

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa meningkatkan pelbagai aktiviti di Wellness Hub di seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di dalam kalangan komuniti tentang penjagaan kesihatan yang berterusan dan mengalakkan komuniti menjalankan aktiviti fizikal serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Wellness Hub di komuniti masing-masing.

PROMOSI
Promosi kesedaran dan galakan tentang pusat dan aktiviti akan dibuat menggunakan kemudahan kesihatan, pejabat/tempat kerja, sekolah/pusat pengajian, radio dan tempat awam melalui risalah, poster dan sesi penerangan.

Cetak